Saturday, October 10, 2009

PERSEMBAHAN TARIAN DI JABATAN PENJARA SABAH




Tarikh : 10/10/2009

AKTIVITI TERKINI

Bertempat di Jabatan Penjara Kepayan, Kota Kinabalu semalam Pasukan Tarian Sk Sri Gaya telah dijemput untuk membuat persembahan sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Dewan Penjara Kepayan anjuran Pejabat Kebudayaan Negeri Sabah dan Pihak Jabatan Penjara.
Seramai 13 orang pelajar yang terlibat dan membuat persembahan beberapa babak lakonan dan Tarian rampaian. Majlis tersebut nampaknya memang meriah dan ramai tetamu yang hadir.

Tuesday, August 11, 2009

MAKAN MALAM FESTIVAL FILEM 2009






Beberapa orang Pelajar Sk Sri Gaya telah membuat gimik nyanyian koir sempena MAKAN MALAM AMAL DAN ANUGERAH BINTANG LAGENDA FESTIVAL FILEM KE 22 yang berlangsung di Hotel Maggelen Sutera Harbour minggu lalu.
Majlis itu di hadiri oleh TYT, Ketua Menteri Sabah dan menteri - menteri kebinet Sabah. Beberapa orang artis veteran telah hadir pada malam tersebut untuk menerima beberapa anugerah mengenang mereka pada malam tersebut. antaranya Rosnani Jamil, Latifah Omar, Zaiton Abullah, Aziz Satar, Wahid Satay, Momo Latif, Datuk Jins Samsudin serta ramai lagi.Majlis tersebut di hadiri juga oleh ramai pelakon muda seperti Que Haidar, Liyana Jasmin, Fauziah Ghous, Adik Haziq serta ramai lagi yang tidak dapat disebutkan namanya..

Murid - murid Sk Sri Gaya membuat sambutan dahulu dengan memakai pakaian tradisional Sabah bersama murid Sk Sembulan Dan Sk Luyang. Selepas itu Murid - murid Sri Gaya menyanyikan lagu DI MANA KAN KU CARI GANTI, nyanyian allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai lagu penutup pada malam tersebut.Mereka dibawah bimbingan Datuk Dedy M. Borhan dan Encik Adi dari DBKK.

Friday, August 7, 2009

PERSEMBAHAN JULAI




GemilangSri Gaya telah menerima beberapa jemputan sepanjang bulan Julai yang lalu antaranya ialah KUIZ KESIHATAN PERINGKAT KEBANGSAAN di yayasan sabah, MAJLIS PERSIDANGAN PEGAWAI PELAJARAN PERINGKAT KEBANGSAAN di Beverly hotel, MAJLIS MAKAN MALAM BANK NEGARA di Maggelan SutraHarbour dan PERTANDINGAN AKHIR BINTANG KECIL RTM PERINGKAT NEGERI...

Memang berhempas pulas..juga dibuatnya kerana asyik mengejar masa dan latihan yang padat.

Wednesday, July 8, 2009

Pertandingan Tarian Peringkat Negeri 2009



Pertandingan tarian peringkat negeri telah diadakan di Kudat pada 29hb hingga 1 Julai 2009 yang lalu. Dalam pertandingan tersebut Sk Sri Gaya mendapat gelaran Johan Ketegori Tarian Etnik dan Naib Johan Ketegori Tarian Rampai Melayu. Untuk markah keseluruhan Sk Sri Gaya tewas dengan perbezaan 0.22 peratus kepada SK Kiawaian.
Sk Sri Gaya juga telah berjaya memonopoli semua gelaran Penari Lelaki Terbaik dan Perempuan. Gelaran tersebut dimenangi oleh adik Azizi Firdaus dan Farhazera Jefry. Manakala adik Leonardo John Ambrose menjadi peserta lelaki terbaik keseluruhan.

Tetapi apa yang mengecewakan dalam pertandingan tersebut Sk Kiawaian membawa tarian rampai melayu yang berbentuk Kriasi baru dan kreatif...yang mana kertas konsep dikeluarkan oleh kementerian adalah RAMPAI MELAYU TRADISIONAL ( inang, zapin,joget dan asli ) BUKAN gerak tari KONTEMPORARI/KRIASI BARU. Ini telah menimbulkan ketidak puasan hati kerana seolah olah Pengerusi Teknik sengaja membiarkan hal ini berlaku hanya kerana beliau berasal dari Keningau.Para hakim juga seolah tidak ditekankan tentang kertas konsep pertandingan dan mereka memilih pasukan yang membawa tarian unik lain dari yang lain tetapi tidak seperti syarat yang dinyatakan. ini adalah seperti maklumat yang diperolehi dari Ketua Hakim sendiri...yang ada menyatakan seperti demikian.

Bagaiamanapun tahniah diucapkan kepada pasukan Tarian Sri Gaya dan ibubapa yang terlibat pada hari tersebut..yang berkerjasama sepenuhnya dengan guru yang terlibat iaitu Pn Zur'ain Abdullah, Pn Hairuzyani dan Pn Siti Asmah Abdullah.Juga terima kasih kepada jurulatih En Faiz B. Mahat dan juru mek up En. Irman @ Viviana.

Thursday, June 25, 2009

Festival Teater 2009









Berlakon sebagai P Ramlee dan Azizah semasa kecil....



Pada 29hb Jun 2009 beberapa orang pelajar Sk Sri Gaya telah membuat persembahan sempena majlis penutupan festival teater peringkat negeri 2009. Pelajar - pelajar tersebut telah membuat latihan bersama penari - penari Jabatan kebudayaan negeri Sabah ( KEKWA) selama seminggu. Mereka telah membuat persembahan berbentuk drama tari.

Sunday, June 7, 2009

Sambutan Keamatan peringkat Kebangsaan




Pak Ngah..antara penyeri majlis

Tarikh : 07 Jun 2009

Antara penari sekolah yang terlibat. semuanya bergaya..






Seramai 11 orang murid dari Sk Sri Gaya membuat persembahan sempena Sambutan Keamatan Peringkat Kebangsaan 2009. Mereka mempersembahkan Tarian Anggalang Mengunatip dan acara sambut Tamu. Antara tetamu yang hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhidiyin Yassin, TYT, Ketua Menteri Sabah dan menteri-menteri kebinet lain. Acara ini juga dapat disaksikan secara langsung di RTM1 jam 4 Petang pada hari tersebut. Antara artis yang terlibat dalam majlis tersebut ialah Pak Ngah, Sathiya, Felix dan beberapa artis tempatan Sabah. memang meriah dan acara latihan serta raptai berlangsung selama seminggu. Memang penat..

Buat sementara ini pasukan Gemilang Sri Gaya akan berehat selama seminggu semasa cuti sekolah dan akan berlatih sehabis-habisnya untuk menyambung perjuangan di pertandingan tarian peringkat Negeri apabila sekolah dibuka nanti. Selamat Bercuti

Friday, May 29, 2009

Berita Terkini

Latihan Tarian dijalankan bermula Esok ( 30hb May 2009 )hingga habis cuti. Dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Saturday, May 23, 2009

Gemilang Sri Gaya beraksi di One Borneo - 23hb Mei 2009



Seramai 14 orang pelajar Gemilang Sri gaya telah membuat persembahan di 1 Borneo Hypermall semalam. Mereka Mempersembahkan tarian Rampai melayu Kreatif sempena Majlis Sambutan Keluarga Bahagia anjuran Kementerian Perumahan dan Tempatan Negeri Sabah. Majlis tersebut di rasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hajjah Azizah Datuk Mohd Dun di Hyper Shopping kompleks tersebut. Para Pelajar bergambar dengan Raja Azura yang turut meriahkan majlis tersebut.

Sunday, May 10, 2009

JOHAN PERTANDINGAN TARIAN PERINGKAT BAHAGIAN KOTA KINABALU


Johan Pertandingan Tarian

Pasukan Sk Sri Gaya telah berjaya merangkul gelaran johan keseluruhan dalam pertandingan Tarian peringkat Bahagian Kota Kinabalu baru - baru ini yang diadakan di SMK Teknik Likas Kota Kinabalu pada 25hb april 2009 yang lalu.

Pasukan ini telah berjaya merangkul gelaran Johan bagi tarian Rampai Melayu tradisional dan naib Johan bagi ketegori Etnik. Adik Leonardo John Ambrose pula telah berjaya merangkul gelaran penari lelaki terbaik bagi ketegori Sekolah Rendah


Tahniah diucapkan kepada guru - guru yang terlibat dalam memastikan kejayaan pasukan ini, iaitu antaranya Cikgu Hairuzyani, Cikgu siti Asmah, Cikgu Zur'ain dan semua guru yang terlibat serta jurulatih pasukan ini iaitu En. Faiz B. Mahat.

Pasukan ini akan mewakili Kota Kinabalu ke peringkat Negeri pada penghujung bulan Jun nanti di Daerah kudat. Tahniah diucapkan kepada pasukan Gemilang Sri Gaya....

Wednesday, April 8, 2009

KG Budaya Sarawak

Gambar kenangan semasa di Kg Budaya sarawak. Gambar guru - guru Bitara Tarian yang menyertai programe tersebut seramai 15 orang.
Dari kanan berbaju kluster : EN Dzulkarnain, Pn Norizan Daud, Pn. Zurain Abdullah, Pn. Dg Sabariah, Pn. Alijah Nawawi, Pn Hajjah Dg Rahmah, Pn. Supiah ( Pk Kokum ), Pn Siti Asmah, Cik Suraya Karl, Cik Mirzayantie, Pn. Nursita, Pn Asrah, Pn Rozalina Amat dan Pn. Hairuzyani

Saturday, March 14, 2009

Latar belakang Gemilang Sri Gaya

Pasukan Tarian Sk Sri Gaya ini dinamakan Gemilang Sri Gaya dan telah ditubuhkan pada tahun 2001 dan pasukan ini terus bergerak aktif sehingga sekarang tahun 2009.
Pasukan Gemilang Sri Gaya ini telah bergiat aktif dan menerima banyak undangan show sekitar negeri Sabah. Pasukan ini juga merupakan anak angkat kepada Pejabat Kebudayaan dan Warisan Negeri Sabah ( Kekwa ). Pasukan ini sering menerima pelbagai undangan dari pelbagai Jabatan dan badan berkanun antaranya Sabah Fest, Ambang Merdeka dan show makan malam dan sebagainya
Untuk pengetahuan semua pasukan ini telah menjadi Johan peringkat Negeri bagi tahun 2001,2002, 2003, 2006 dan 2008. Pasukan ini juga berjaya mendapat tempat ketiga peringkat Kebangsaan yang di adakan di Stadium tertutup Gong Badak, Terangganu pada tahun 2008. Seterusnya PASUKAN Gemilang Sri Gaya ini juga telah terpilih mewakili Malaysia pada tahun 2008 sempena MINGGU MALAYSIA DI LONDON.
Sekarang pasukan ini sedang giat menjalakan latihan untuk menyertai pertandingan tarian paringkat gabungan . semoga berjaya