Friday, May 29, 2009

Berita Terkini

Latihan Tarian dijalankan bermula Esok ( 30hb May 2009 )hingga habis cuti. Dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Saturday, May 23, 2009

Gemilang Sri Gaya beraksi di One Borneo - 23hb Mei 2009



Seramai 14 orang pelajar Gemilang Sri gaya telah membuat persembahan di 1 Borneo Hypermall semalam. Mereka Mempersembahkan tarian Rampai melayu Kreatif sempena Majlis Sambutan Keluarga Bahagia anjuran Kementerian Perumahan dan Tempatan Negeri Sabah. Majlis tersebut di rasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hajjah Azizah Datuk Mohd Dun di Hyper Shopping kompleks tersebut. Para Pelajar bergambar dengan Raja Azura yang turut meriahkan majlis tersebut.

Sunday, May 10, 2009

JOHAN PERTANDINGAN TARIAN PERINGKAT BAHAGIAN KOTA KINABALU


Johan Pertandingan Tarian

Pasukan Sk Sri Gaya telah berjaya merangkul gelaran johan keseluruhan dalam pertandingan Tarian peringkat Bahagian Kota Kinabalu baru - baru ini yang diadakan di SMK Teknik Likas Kota Kinabalu pada 25hb april 2009 yang lalu.

Pasukan ini telah berjaya merangkul gelaran Johan bagi tarian Rampai Melayu tradisional dan naib Johan bagi ketegori Etnik. Adik Leonardo John Ambrose pula telah berjaya merangkul gelaran penari lelaki terbaik bagi ketegori Sekolah Rendah


Tahniah diucapkan kepada guru - guru yang terlibat dalam memastikan kejayaan pasukan ini, iaitu antaranya Cikgu Hairuzyani, Cikgu siti Asmah, Cikgu Zur'ain dan semua guru yang terlibat serta jurulatih pasukan ini iaitu En. Faiz B. Mahat.

Pasukan ini akan mewakili Kota Kinabalu ke peringkat Negeri pada penghujung bulan Jun nanti di Daerah kudat. Tahniah diucapkan kepada pasukan Gemilang Sri Gaya....