Thursday, June 25, 2009

Festival Teater 2009









Berlakon sebagai P Ramlee dan Azizah semasa kecil....



Pada 29hb Jun 2009 beberapa orang pelajar Sk Sri Gaya telah membuat persembahan sempena majlis penutupan festival teater peringkat negeri 2009. Pelajar - pelajar tersebut telah membuat latihan bersama penari - penari Jabatan kebudayaan negeri Sabah ( KEKWA) selama seminggu. Mereka telah membuat persembahan berbentuk drama tari.

Sunday, June 7, 2009

Sambutan Keamatan peringkat Kebangsaan




Pak Ngah..antara penyeri majlis

Tarikh : 07 Jun 2009

Antara penari sekolah yang terlibat. semuanya bergaya..






Seramai 11 orang murid dari Sk Sri Gaya membuat persembahan sempena Sambutan Keamatan Peringkat Kebangsaan 2009. Mereka mempersembahkan Tarian Anggalang Mengunatip dan acara sambut Tamu. Antara tetamu yang hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhidiyin Yassin, TYT, Ketua Menteri Sabah dan menteri-menteri kebinet lain. Acara ini juga dapat disaksikan secara langsung di RTM1 jam 4 Petang pada hari tersebut. Antara artis yang terlibat dalam majlis tersebut ialah Pak Ngah, Sathiya, Felix dan beberapa artis tempatan Sabah. memang meriah dan acara latihan serta raptai berlangsung selama seminggu. Memang penat..

Buat sementara ini pasukan Gemilang Sri Gaya akan berehat selama seminggu semasa cuti sekolah dan akan berlatih sehabis-habisnya untuk menyambung perjuangan di pertandingan tarian peringkat Negeri apabila sekolah dibuka nanti. Selamat Bercuti