Saturday, March 14, 2009

Latar belakang Gemilang Sri Gaya

Pasukan Tarian Sk Sri Gaya ini dinamakan Gemilang Sri Gaya dan telah ditubuhkan pada tahun 2001 dan pasukan ini terus bergerak aktif sehingga sekarang tahun 2009.
Pasukan Gemilang Sri Gaya ini telah bergiat aktif dan menerima banyak undangan show sekitar negeri Sabah. Pasukan ini juga merupakan anak angkat kepada Pejabat Kebudayaan dan Warisan Negeri Sabah ( Kekwa ). Pasukan ini sering menerima pelbagai undangan dari pelbagai Jabatan dan badan berkanun antaranya Sabah Fest, Ambang Merdeka dan show makan malam dan sebagainya
Untuk pengetahuan semua pasukan ini telah menjadi Johan peringkat Negeri bagi tahun 2001,2002, 2003, 2006 dan 2008. Pasukan ini juga berjaya mendapat tempat ketiga peringkat Kebangsaan yang di adakan di Stadium tertutup Gong Badak, Terangganu pada tahun 2008. Seterusnya PASUKAN Gemilang Sri Gaya ini juga telah terpilih mewakili Malaysia pada tahun 2008 sempena MINGGU MALAYSIA DI LONDON.
Sekarang pasukan ini sedang giat menjalakan latihan untuk menyertai pertandingan tarian paringkat gabungan . semoga berjaya