Wednesday, July 8, 2009

Pertandingan Tarian Peringkat Negeri 2009



Pertandingan tarian peringkat negeri telah diadakan di Kudat pada 29hb hingga 1 Julai 2009 yang lalu. Dalam pertandingan tersebut Sk Sri Gaya mendapat gelaran Johan Ketegori Tarian Etnik dan Naib Johan Ketegori Tarian Rampai Melayu. Untuk markah keseluruhan Sk Sri Gaya tewas dengan perbezaan 0.22 peratus kepada SK Kiawaian.
Sk Sri Gaya juga telah berjaya memonopoli semua gelaran Penari Lelaki Terbaik dan Perempuan. Gelaran tersebut dimenangi oleh adik Azizi Firdaus dan Farhazera Jefry. Manakala adik Leonardo John Ambrose menjadi peserta lelaki terbaik keseluruhan.

Tetapi apa yang mengecewakan dalam pertandingan tersebut Sk Kiawaian membawa tarian rampai melayu yang berbentuk Kriasi baru dan kreatif...yang mana kertas konsep dikeluarkan oleh kementerian adalah RAMPAI MELAYU TRADISIONAL ( inang, zapin,joget dan asli ) BUKAN gerak tari KONTEMPORARI/KRIASI BARU. Ini telah menimbulkan ketidak puasan hati kerana seolah olah Pengerusi Teknik sengaja membiarkan hal ini berlaku hanya kerana beliau berasal dari Keningau.Para hakim juga seolah tidak ditekankan tentang kertas konsep pertandingan dan mereka memilih pasukan yang membawa tarian unik lain dari yang lain tetapi tidak seperti syarat yang dinyatakan. ini adalah seperti maklumat yang diperolehi dari Ketua Hakim sendiri...yang ada menyatakan seperti demikian.

Bagaiamanapun tahniah diucapkan kepada pasukan Tarian Sri Gaya dan ibubapa yang terlibat pada hari tersebut..yang berkerjasama sepenuhnya dengan guru yang terlibat iaitu Pn Zur'ain Abdullah, Pn Hairuzyani dan Pn Siti Asmah Abdullah.Juga terima kasih kepada jurulatih En Faiz B. Mahat dan juru mek up En. Irman @ Viviana.