Tuesday, August 11, 2009

MAKAN MALAM FESTIVAL FILEM 2009






Beberapa orang Pelajar Sk Sri Gaya telah membuat gimik nyanyian koir sempena MAKAN MALAM AMAL DAN ANUGERAH BINTANG LAGENDA FESTIVAL FILEM KE 22 yang berlangsung di Hotel Maggelen Sutera Harbour minggu lalu.
Majlis itu di hadiri oleh TYT, Ketua Menteri Sabah dan menteri - menteri kebinet Sabah. Beberapa orang artis veteran telah hadir pada malam tersebut untuk menerima beberapa anugerah mengenang mereka pada malam tersebut. antaranya Rosnani Jamil, Latifah Omar, Zaiton Abullah, Aziz Satar, Wahid Satay, Momo Latif, Datuk Jins Samsudin serta ramai lagi.Majlis tersebut di hadiri juga oleh ramai pelakon muda seperti Que Haidar, Liyana Jasmin, Fauziah Ghous, Adik Haziq serta ramai lagi yang tidak dapat disebutkan namanya..

Murid - murid Sk Sri Gaya membuat sambutan dahulu dengan memakai pakaian tradisional Sabah bersama murid Sk Sembulan Dan Sk Luyang. Selepas itu Murid - murid Sri Gaya menyanyikan lagu DI MANA KAN KU CARI GANTI, nyanyian allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai lagu penutup pada malam tersebut.Mereka dibawah bimbingan Datuk Dedy M. Borhan dan Encik Adi dari DBKK.

No comments:

Post a Comment